Status `Pengerusi’ jadikan Malaysia gerbang pelancongan ASEAN


Abstract

Ketika dunia kembali rancak menyusun semula sektor pelancongan pasca pandemik, kedudukan Malaysia sebagai pintu masuk utama ke ASEAN semakin menjadi perhatian.

Tidak hanya sebagai destinasi pelancongan tersendiri, Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 seharusnya memainkan peranan penting sebagai gerbang strategik menghubungkan pelancong antarabangsa dengan seluruh negara rantau Asia Tenggara.

Keunikan lokasi, kekuatan infrastruktur, dasar terbuka serta keterangkuman budaya menjadikan Malaysia sebagai pilihan ideal untuk menjejakkan kaki ke rantau ini.

Edit Item Record
Edit Item Record