Abstract
Penamatan konflik antara Thailand dengan Kemboja di Putrajaya memperlihatkan satu lagi kejayaan besar Malaysia apabila ia dimeterai hasil mediasi dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kapasiti negara Pengerusi ASEAN.
Perdamaian ini satu lagi pencapaian dalam rentetan usaha diplomatik Malaysia yang sudah lama berperanan sebagai pendamai serantau dan antarabangsa. Malaysia sangat aktif di peringkat antarabangsa dalam menjadi negara sentiasa ke hadapan apabila membabitkan keamanan di peringkat ASEAN mahupun global.
Malaysia mula terbabit sebagai negara pendamai di peringkat antarabangsa pada Oktober 1960, apabila menyertai Operasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Congo (ONUC) dengan menghantar 3,500 anggota Pasukan Khas Melayu.
Sejak itu, Malaysia terus berperanan aktif dalam pelbagai misi pengaman di bawah naungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Malaysia menyumbang hampir 40,000 anggota dalam 39 operasi pengaman di seluruh dunia, sekali gus membuktikan komitmen Malaysia terhadap keamanan sejagat.
17173.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only, you request a copy.
Click to Download (350kB) | Request a copy
| Item Type: | Newspaper |
|---|---|
| Subjects: | 300 Social sciences > 320 Political science 300 Social sciences > 305 Social groups |
| Campuses: | Shah Alam |
| Divisions: | Faculties > Administrative Science and Policy Studies |
| Newspaper: | Berita Harian |
| Date: | 31 July 2025 |
| Depositing User: | Jaz Norfazuna Jaafar |
