Abstract
SHAH ALAM - Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap akan menjadi medan ujian bagi mengukur kekuatan gelombang hijau dan pengaruh berterusan Pas di kawasan tersebut.
Ketua Pusat Pengajian Hubungan Antarabangsa Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Dr Hussain Yusri Zawawi berkata, sokongan tradisional terhadap Pas mungkin kekal utuh, terutamanya jika isu-isu yang dibangkitkan selari dengan nilai dan kepercayaan pengundi setempat.
“Pas dengan ideologi dan pendekatan Islamik berjaya menarik sokongan daripada pelbagai lapisan masyarakat terutamanya di kawasan yang lebih konservatif. Fenomena gelombang hijau telah menunjukkan momentum yang signifikan dalam beberapa pilihan raya sebelum ini.
“Keberkesanan jentera parti mereka dalam mendekati pengundi dan strategi kempen yang berfokus kepada isu-isu keagamaan dan moral sering kali menjadi kekuatan utama mereka,” katanya kepada Sinar Premium.
17113.pdf - Published Version
Restricted to Repository staff only
Click to Download (318kB) | Request a copy
| Item Type: | Newspaper |
|---|---|
| Subjects: | 300 Social sciences 300 Social sciences > 320 Political science |
| Newspaper: | Sinar Harian |
| Date: | 25 June 2024 |
| Depositing User: | Muhamad Faiz Abdul Ghafar (Dengkil) |
