Abstract
Dalam arus permodenan serba pantas, masyarakat seharusnya bergerak seiring dari segi intelektual mahupun spiritual. Kita tidak boleh terus leka dengan isu remeh dan sensasi semata-mata seperti kecenderungan terhadap gosip selebriti, kontroversi politik bersifat peribadi dan khabar angin tidak berasas.
Kesemua hal ini malangnya membelenggu ruang perbualan umum, khususnya di media sosial. Hal ini amat membimbangkan kerana mengalihkan perhatian rakyat daripada isu ilmiah yang jauh lebih penting dan memberi impak besar kepada masa depan negara.
Isu ilmiah seperti perang di negara lain, perubahan iklim, kemajuan teknologi, dasar pendidikan dan kesihatan awam seharusnya menjadi fokus utama dalam wacana masyarakat. Namun begitu, minat masyarakat terhadap topik ini masih rendah.
Banyak perbincangan awam lebih tertumpu kepada hal bersifat sensasi dan provokatif, berbanding hujah berasaskan fakta dan kajian. Fenomena ini bukan sahaja menjejaskan tahap literasi ilmu dalam kalangan rakyat, tetapi membuka ruang kepada penularan maklumat palsu menyebabkan pemikiran cetek.
Justeru, amat penting untuk semua pihak sama ada media, institusi pendidikan, mahupun pemimpin memainkan peranan memupuk budaya ilmu lebih sihat. Media massa khususnya, perlu lebih bertanggungjawab membentuk agenda wacana awam dengan memberikan liputan terhadap isu ilmiah memberi nilai tambah kepada pembaca.
17064.pdf - Published Version
Restricted to Repository staff only
Click to Download (646kB) | Request a copy
| Item Type: | Newspaper |
|---|---|
| Subjects: | 300 Social sciences > 370 Education |
| Campuses: | Perak > Seri Iskandar Campus |
| Divisions: | Faculties > Built Environment |
| Newspaper: | Berita Harian |
| Page Range: | p. 13 |
| Date: | 28 June 2025 |
| Depositing User: | Nor Faizah binti Mohd Ariff (Seri Iskandar) |
