Kejutan ‘chef UiTM’ di YCI 2025


Abstract

MENGHARUMKAN nama negara dengan menewaskan chef-chef profesional muda luar negara.

Itulah pencapaian hebat pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM), Muhamad Sufi Irfan Mohamad Rusdin yang berjaya meraih pingat emas bagi kategori Confectionery Arts di pertandingan Young Chef International (YCI) 2025 yang berlangsung di Kazan, Tatarstan, Russia baru-baru ini.

Pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Seni Kulinari, UiTM Permatang Pauh, Pulau Pinang itu berjaya menewaskan peserta dari 13 negara lain antaranya Russia, Indonesia, Azerbajian dan Turkiye.
Sufi Irfan, 23, sendiri tidak menyangka akan memenangi pingat emas dalam pertandingan tersebut dan menzahirkan rasa syukur dengan kejayaan diraihnya.

Menurutnya, dia yang mewakili UiTM dan Malaysia perlu bersaing dengan peserta-peserta hebat dari banyak negara.

Pertandingan tersebut bertahap profesional dan rata-rata peserta adalah chef profesional di hotel atau industri negara masing-masing.

“Saya terkejut apabila nama saya diumumkan sebagai pemenang dan ia sesuatu yang langsung tidak saya jangka.

[thumbnail of 17048.pdf] Text
17048.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only, you request a copy.

Click to Download (537kB) | Request a copy
Edit Item Record
Edit Item Record