Kerapkan pemeriksaan mengejut kesan dadah dalam cecair vape


Abstract

PENYELUDUPAN dan pengedaran dadah menjadi satu isu keselamatan tidak asing lagi di negara ini. Walaupun kerajaan mengisytiharkan dadah sebagai musuh nombor satu negara sejak 1983, jenayah itu ia masih lagi tidak dapat dihapuskan secara menyeluruh.

Ini kerana sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah menggunakan pelbagai kaedah serta taktik dalam menjalankan aktiviti pengedaran dadah ke seluruh negara.

Antara taktik baharu digunakan sindiket pengedaran dadah adalah menjual dadah dipaketkan dalam bungkusan teh dan makanan serta mencampurkan dadah dalam minuman atau makanan seperti gula-gula sebelum dijual kepada penagih dadah, selain menggunakan syarikat perkhidmatan kurier dan operator penghantaran makanan.

Sindiket penyeludupan dan pengedaran juga menggunakan taktik terbaharu dalam pengedaran dadah kepada penagih, iaitu penjualan dadah melalui penggunaan cecair rokok elektronik.

Edit Item Record
Edit Item Record