Aniq, Azreena dinobat Olahragawan, Olahragawati UiTM 2024


Abstract

Kuala Lumpur: Badang negara, Mohamad Aniq Kasdan dan pemanah elit, Nurul Azreena Mohamad Fazil dinobatkan Olahragawan dan Olahragawati UiTM 2024 pada Majlis Anugerah Sukan UiTM (MAS) 2024 yang berlangsung megah di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), UiTM Shah Alam, semalam.

Aniq yang juga atlet angkat berat mencipta rekod tersendiri apabila dinobatkan sebagai Olahragawan UiTM buat tahun ketiga berturut-turut di mana ia satu pencapaian luar biasa yang mengukir namanya sebagai legenda MAS UiTM.

Bagi Azreena pula, kejayaan mengungguli anugerah itu hasil usaha keras dan pengorbanannya dalam sukan itu selama ini.

Menurut Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Dr Shahrin Sahib, beliau mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada seluruh atlet, jurulatih dan warga sukan UiTM atas pencapaian cemerlang sepanjang 2024.

"UiTM komited membina legasi sukan yang berterusan, bukan sekadar mencipta juara hari ini, tetapi mencorakkan masa depan sukan negara.

"Kami percaya, dengan sokongan padu semua pihak, UiTM akan terus melahirkan atlet berprestasi tinggi yang bukan sahaja cemerlang di gelanggang, tetapi juga di bilik kuliah dan pentas antarabangsa.

"When the Lions Roar MAS 2024 menjadi simbol kepada keberanian, dedikasi dan semangat juang luar biasa warga atletik UiTM. UiTM bukan hanya medan akademik ia adalah tapak lahirnya juara sejati bangsa dan negara," katanya.

Malam berprestij itu dirasmikan oleh Ketua Setiausaha, Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Dr Anesee Ibrahim, sekaligus mengangkat martabat majlis sebagai platform tertinggi pengiktirafan kecemerlangan warga sukan UiTM.

Sebanyak 18 anugerah utama disampaikan bagi menghargai atlet, jurulatih, pengurus, tokoh alumni, staf serta individu yang menjulang nama UiTM sepanjang 2024.

Selain itu, akhbar Harian Metro turut mendapat pengiktirafan dengan diberi Anugerah Rakan Media yang banyak membuat liputan dan mempromosikan aktiviti serta perkembangan UiTM.

[thumbnail of 17000.pdf] Text
17000.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only, you request a copy.

Click to Download (264kB) | Request a copy
Edit Item Record
Edit Item Record