Abstract
SUNGAI PETANI: Kumpulan Syarikat EMZI mengorak langkah besar dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) apabila memperuntukkan dana hampir RM500,000 untuk menjalankan kajian saintifik dan klinikal ke atas produk keluarannya.
Ia menerusi kerjasama strategik dengan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pulau Pinang dan Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS), merangkumi kajian menyeluruh produk jenama EMZI Care.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat EMZI, Mohamad Faizal Zainon berkata, R&D melibatkan aspek keberkesanan, keselamatan dan kualiti selaras dengan piawaian industri kesihatan dan keperluan pengguna masa kini.
“Kerjasama strategik ini menyaksikan pasukan EMZI Nano-Core iaitu kolaborasi bersama Fakulti Kejuruteraan Kimia, UiTM Pulau Pinang menjalankan analisis saintifik di peringkat makmal terhadap formulasi, kestabilan dan bahan aktif dalam produk.
“Pasukan penyelidik dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UniSHAMS pula bertanggungjawab melaksanakan kajian klinikal bagi menilai kesan penggunaan produk EMZI Care terhadap pengguna sebenar,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Mohamad Faizal berkata, R&D kekal teras utama dalam strategi EMZI merangsang inovasi secara berterusan dan meningkatkan keupayaan produk untuk bersaing di pasaran.
![[thumbnail of 16999.pdf]](/style/images/fileicons/text.png)
16999.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only, you request a copy.
Click to Download (249kB) | Request a copy
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Subjects: | 300 Social sciences > 370 Education > Schools & their activities; special education 500 Science > 540 Chemistry |
Campuses: | Penang |
Divisions: | Faculties > Chemical Engineering |
Newspaper: | Utusan Malaysia |
Date: | 4 July 2025 |
Depositing User: | Jaz Norfazuna Jaafar |