Bakat tentukan Malaysia maju dalam teknologi tinggi


Abstract

Malaysia kini berada di fasa kritikal dalam trajektori ekonominya. Strategi Nasional Semikonduktor (NSS) yang dilancarkan kerajaan, selari dengan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) yang diterajui oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), menandakan peralihan ke arah teknologi mendalam, pembuatan termaju dan pertumbuhan yang dipacu inovasi.

Usaha ini telah mula membuahkan hasil. Selain mencatat pelaburan tertinggi dalam sektor teknologi dan pembuatan pada tahun lalu, kedudukan Malaysia dalam World Competitiveness Rankings turut melonjak 11 anak tangga – dari tempat ke-34 ke tempat ke-23 – seperti yang diterbitkan oleh Institute of Management Development.

Teras kepada transformasi ini adalah industri semikonduktor iaitu satu sektor yang bukan sahaja strategik dari sudut ekonomi, tetapi juga penting dalam konteks geopolitik.

Malaysia kini menyumbang sekitar 13 peratus daripada aktiviti pemasangan, pengujian dan pembungkusan (ATP) semikonduktor peringkat global.

This is the latest version of this item.

[thumbnail of 16922.pdf] Text
16922.pdf - Published Version
Restricted to Repository staff only

Click to Download (693kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: 000 Computer science, information & general works
Campuses: Johor
Newspaper: Berita Harian
Date: 18 June 2025
Depositing User: Siti Fatihah Mohd Fuzi (Pasir Gudang)

Available Versions of this Item

Edit Item Record
Edit Item Record