Abstract
SHAH ALAM – Bateriku.Com telah bekerjasama dengan Universiti Teknologi MARA (UiTM) untuk mempromosi bidang keusahawanan automotif dan inovasi teknologi.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Azarol Faizi Zakaria Ansari berkata, kerjasama selama tiga tahun itu akan dapat memanfaatkan model perkhidmatan inovatif syarikat yang menggabungkan data raya (big data), internet benda (IoT) dan ekonomi perkongsian untuk menyediakan penyelesaian dalam industri automotif masakini.
“Kami amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan institusi ternama dan terbesar seperti UiTM. Perkongsian ini bukan sekadar perkongsian kepakaran, tetapi usaha bersama membentuk tenaga kerja masa depan.
“Kerjasama erat kedua pihak, akan memperkayakan persekitaran pendidikan UiTM dengan pendedahan praktikal dan pemahaman industri sebenar kepada pelajar dan pensyarah,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara kedua pihak di Bangunan Canseleri UiTM Shah Alam di sini hari ini.
Azarol Faizi menjelaskan, MoU tersebut juga bertujuan untuk memperkukuh hubungan akademik dan budaya keusahawanan kedua pihak sambil menggalakkan penyelidikan inovasi secara bersama.
![[thumbnail of 16807.pdf]](/style/images/fileicons/text.png)
16807.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only, you request a copy.
Click to Download (300kB) | Request a copy
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Subjects: | 600 Technology > 650 Management & auxiliary services |
Campuses: | Shah Alam |
Newspaper: | Kosmo |
Date: | 3 June 2025 |
Depositing User: | Jaz Norfazuna Jaafar |