Abstract
ANTARA kelebihan menjadi rakyat Malaysia ialah kepelbagaian etnik dan agamanya yang dicerminkan setiap kali sambutan perayaan utama.
Sebagai contoh, Hari Raya Aidilfitri bagi masyarakat Melayu-Islam, Tahun Baharu Cina bagi masyarakat Cina, Deepavali bagi yang beragama Hindu, atau Pesta Kaamatan dan Gawai bagi komuniti di Sabah Sarawak, yang lazimya di setiap perayaan ini membawa warisan budaya yang kaya dan tradisi berharga kelompok masing-masing.
Minggu depan kita akan merayakan Aidilfitri, satu perayaan terpenting bagi umat Islam di Malaysia, malah di seluruh dunia.
Aidilfitri bukan sahaja disambut sebagai sebuah perayaan, malah ia adalah manifestasi daripada penyempurnaan ibadat puasa yang mengembalikan manusia kepada fitrahnya yang suci dan bersih daripada dosa.
Dalam konteks Malaysia, Aidilfitri bukan sahaja menjadi momen terpenting kepada umat Islam, malah ia juga signifikan kepada yang bukan Islam.
Aidilfitri sebagai sebuah perayaan mempunyai peranan yang sangat penting dalam menyatukan masyarakat kerana ia mewujudkan peluang untuk interaksi sosial, mengeratkan ikatan kekitaan dan mengukuhkan rasa kebersamaan.
![[thumbnail of 16231.pdf]](/style/images/fileicons/text.png)
16231.pdf - Published Version
Restricted to Repository staff only
Click to Download (365kB) | Request a copy
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Subjects: | 300 Social sciences 300 Social sciences > 306 Culture & institutions 300 Social sciences > 305 Social groups 300 Social sciences > 302 Social interaction |
Campuses: | Negeri Sembilan > Seremban 3 Campus |
Divisions: | Faculties > Administrative Science and Policy Studies |
Newspaper: | Sinar Harian |
Date: | 6 April 2024 |
Depositing User: | Muhamad Faiz Abdul Ghafar (Dengkil) |