"Memperkukuh aspirasi menuju universiti terkemuka dunia"- Amanat NC UiTM


Abstract

SHAH ALAM, 17 Januari- "Memperkukuhkan semangat kebersamaan dalam mencapai aspirasi universiti untuk menjadi universiti terkemuka dunia" merupakan amanat Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) Prof. Datuk Ts Dr Shahrin Sahib @ Sahibuddin.

Amanat yang disampaikan itu, memberi penekanan kepada usaha UiTM untuk menerajui pembangunan profesional bumiputera secara kompeten, dinamik dan berdaya saing melalui tiga teras strategik dan sembilan tema utama UiTM2025.

"Tiga teras strategik dan sembilan tema strategik UiTM 2025, termasuk penyediaan bakat terbaik negara, kewibawaan akademia dan warga kampus, pemindahan dan perkongsian ilmu, pengantarabangsaan pendidikan tinggi, governan dan kepimpinan universiti, kemampanan kewangan institusi pengajian tinggi (IPT) dan infrastruktur, digital dan kesejahteraan kampus", katanya dalam Amanat Naib Canselor, di Dewan Konsert Seri Budiman, Shah Alam.

Beliau turut menekankan nilai teras universiti iaitu usaha, takwa dan mulia yang menjadi panduan dalam usaha universiti mencapai kecemerlangan. Tahun ini menandakan fasa peralihan bagi Pelan Strategik UiTM 2030.

[thumbnail of 16156.pdf] Text
16156.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only, you request a copy.

Click to Download (293kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: 300 Social sciences > 370 Education > Higher education
Campuses: Shah Alam
Newspaper: Bernama
Date: 17 January 2025
Depositing User: Jaz Norfazuna Jaafar
Edit Item Record
Edit Item Record