Abstract
SHAH ALAM: Polis Selangor mengesahkan tiada unsur jenayah berhubung kematian seorang pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Teknologi MARA (UiTM), pada November lalu. Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata ia diputuskan selepas kertas siasatan kes membabitkan kematian Muhammad Amir Rusyaidi Muhammad Zaidi itu dirujuk kepada pihak pendakwa raya.
"Kes itu sudah selesai selepas kita merakam kira-kira 64 keterangan daripada semua pihak dan kertas siasatan dirujuk kepada pendakwa raya sebelum diputuskan tiada sebarang kesalahan, tiada 'foul play' dalam insiden terbabit.
"Mangsa meninggal dunia disebabkan strok haba. Kita memutuskan siasatan kes itu selesai dan tiada kesalahan jenayah oleh mana-mana pihak," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini, hari ini.
![[thumbnail of 16068.pdf]](/style/images/fileicons/text.png)
16068.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only, you request a copy.
Click to Download (221kB) | Request a copy
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Subjects: | 300 Social sciences > 340 Law > 345 Criminal law |
Campuses: | Shah Alam |
Newspaper: | Berita Harian |
Date: | 3 January 2025 |
Depositing User: | Jaz Norfazuna Jaafar |