Abstract
SAYA merujuk kepada berita Kenaikan premium insurans tekan rakyat, ancam sektor gig (Utusan Malaysia, 27 November 2024) yang menimbulkan kebimbangan ramai terutama kenaikan caj perlindungan oleh beberapa syarikat insurans dan pengendali takaful sehingga 70 peratus bagi perlindungan kesihatan.
Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) mendedahkan majoriti rakyat tidak mempunyai perlindungan insurans atau takaful, dengan kemampuan kewangan sebagai halangan utama.
Sekiranya caj perlindungan insurans dan takaful dinaikkan dan dikenakan kepada semua, tanpa mengira kekerapan tuntutan mereka, lebih ramai rakyat akan terlepas daripada perlindungan insurans atau takaful.
Malah, mereka yang sudah mempunyai perlindungan juga berkemungkinan akan menamatkan atau membatalkan polisi mereka.
Saya bersetuju Bank Negara Malaysia (BNM) berkuasa untuk mengawal selia segala keputusan syarikat insurans dan takaful seperti cadangan yang dikemukakan Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin. BNM tidak harus melepaskan tangan dengan alasan ia adalah keputusan yang dibuat oleh syarikat.
15849.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only, you request a copy.
Click to Download (444kB) | Request a copy
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Subjects: | 300 Social sciences > 330 Economics |
Campuses: | Shah Alam |
Divisions: | Faculties > Business Management |
Newspaper: | Utusan Malaysia |
Date: | 11 December 2024 |
Depositing User: | Jaz Norfazuna Jaafar |