Abstract
Pelajar-pelajar Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam baru-baru ini melaksanakan projek Service-Learning Malaysia – University for Society (SULAM) di Laman Adenanthera, UiTM Puncak Alam.
Projek tersebut bertujuan untuk meningkatkan kelestarian komuniti dengan pendekatan inovatif serta menangani cabaran alam sekitar secara praktikal.
Pengarah program, Dr. Siti Alwani Ariffin berkata, projek ini adalah usaha bersama yang menunjukkan komitmen pelajar terhadap kelestarian alam.
Menurutnya, projek berkenaan memfokuskan kepada usaha memulihkan dan memajukan Laman Adenanthera, yang kemudiannya diberi nama baharu sebagai Laman Seri Orkid.
“Kawasan laman ini dikenali dengan koleksi tanaman orkid, namun cabaran seperti jarak jauh dari bangunan utama dan masalah tekanan rendah air paip menjejaskan usaha penyelenggaraan. Bagi mengatasi cabaran ini, pelajar-pelajar telah melaksanakan beberapa inisiatif lestari.
“Antara inisiatif tersebut ialah menanam lebih banyak orkid bagi memperkukuhkan identiti taman, memasang sistem Pengumpulan Air Hujan untuk memanfaatkan sumber air semula jadi, serta menyediakan bangku bagi mewujudkan ruang yang lebih selesa kepada pengunjung. Selain itu, masalah kualiti air tasik juga ditangani dengan rawatan menggunakan mudball EM yang mesra alam,” katanya .
15847.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only, you request a copy.
Click to Download (306kB) | Request a copy
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Subjects: | 300 Social sciences > 370 Education > Schools & their activities; special education 300 Social sciences > 370 Education > Higher education |
Campuses: | Selangor |
Newspaper: | Utusan Malaysia |
Date: | 11 December 2024 |
Depositing User: | Jaz Norfazuna Jaafar |