Abstract
Shah Alam: Lembaga Tabung Haji (TH) menyalurkan sumbangan RM900,000 kepada Universiti Teknologi Mara (UiTM) menerusi program Iqra' TH.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata, inisiatif di bawah program tanggungjawab sosial korporat (CSR) TH itu memanfaatkan 1,523 penuntut diploma dan ijazah daripada keluarga asnaf di UiTM Shah Alam.
"Sumbangan ini diberikan sebagai wang bantuan sara diri secara 'one-off', antara RM500 hingga RM600 seorang dan akan dikreditkan terus ke akaun TH penuntut terpilih.
"Diharapkan sumbangan ini dapat membantu meringankan bebanan kewangan ibu bapa dan penjaga di samping membangunkan semangat penuntut untuk belajar dengan lebih tekun dalam meningkatkan taraf pencapaian akademik mereka," katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Sumbangan Program Iqra' TH IPTA yang diadakan di Dewan Annex UiTM di sini, hari ini.
15845.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only, you request a copy.
Click to Download (245kB) | Request a copy
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Subjects: | 300 Social sciences > 370 Education > Higher education |
Campuses: | Shah Alam |
Newspaper: | Harian Metro |
Date: | 14 December 2024 |
Depositing User: | Jaz Norfazuna Jaafar |