Abstract
Yang di Pertuan Agong Sultan Ibrahim dimasyhurkan sebagai Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) ketujuh hari ini. Istiadat pemasyhuran berlangsung di Dewan Agung Tuanku Canselor di kampus induk UiTM di sini sempena istiadat Konvokesyen kali ke-100 universiti tersebut. Watikah pemasyhuran dipersembahkan kepada Sultan Ibrahim oleh Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.
Zambry ketika membaca watikah pemasyhuran memaklumkan bahawa Seksyen 19A (2) Akta Universiti Teknologi MARA 1976 (Akta 173) memperuntukkan bahawa Canselor ialah Yang di-Pertuan Agong. Berdasarkan kepada peruntukan Seksyen 19A (1) akta berkenaan, Seri Paduka Baginda hendaklah mempengerusikan konvokesyen universiti itu. Turut Hadir pada istiadat itu ialah Pro Canselor UiTM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin serta Naib Canselor UiTM Prof Datuk Dr Shahrin Sahib.
15739.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only, you request a copy.
Click to Download (267kB) | Request a copy
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Subjects: | 300 Social sciences > 306 Culture & institutions 300 Social sciences > 370 Education > Higher education |
Campuses: | Shah Alam |
Newspaper: | Bernama |
Date: | 13 November 2024 |
Depositing User: | Jaz Norfazuna Jaafar |