ACCA: Danish dan Amin harumkan nama UiTM di persada dunia


Abstract

Shah Alam: Fakulti Perakaunan Universiti Teknologi MARA (UiTM) terus mengekalkan reputasinya sebagai pusat pendidikan akauntan apabila dua penuntutnya merangkul pencapaian luar biasa dalam peperiksaan Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) yang diumumkan baru-baru ini.

Danish Zafran Bazam, 22 mengungguli kertas Advanced Financial Management (AFM) dan memperoleh tempat kedua di dunia manakala Amin Zulharis, 21 meraih tempat keempat global dalam kertas Strategic Business Reporting (SBR).

Pada Mac tahun lalu, Danish Zafran telah diiktiraf sebagai pemenang anugerah bagi kertas Performance Management (PM), dan kejayaan itu diikuti dengan pencapaian cemerlangnya sekali lagi sebagai pemenang anugerah bagi peperiksaan September 2024 melalui kertas AFM.

Beliau yang memulakan pengajian melalui program Diploma Perakaunan (Trek Pantas) berkata, mengambil aliran sains tulen ketika Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menjadi cabaran buatnya berikutan tiada asas dalam subjek perakaunan.

[thumbnail of 15677.pdf] Text
15677.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only, you request a copy.

Click to Download (236kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: 300 Social sciences > 370 Education > Awards
Campuses: Shah Alam
Divisions: Faculties > Accountancy
Newspaper: Harian Metro
Date: 25 October 2024
Depositing User: Jaz Norfazuna Jaafar
Edit Item Record
Edit Item Record