Henti subsidi pendidikan anak golongan kaya hanya selepas dapat kelulusan Kabinet - Zambry


Abstract

SHAH ALAM: Sebarang langkah menghentikan subsidi pendidikan kepada anak golongan kaya di institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) hanya akan dilaksana selepas mendapat kelulusan Kabinet.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata apa dibangkitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim kelmarin menunjukkan kerajaan cakna dan mahu golongan berpendapatan tinggi punya tanggungjawab moral terhadap ruang pendidikan kepada golongan rentan yang lebih memerlukan.

"Kita akan melaksanakan (henti subsidi) apabila satu keputusan Kabinet ditentukan. Apa disebut Perdana Menteri adalah supaya tanggungjawab moral kumpulan ini (golongan kaya) terhadap ruang dan peluang pendidikan benar-benar difahami," katanya.

Beliau memberitahu demikian kepada pemberita selepas merasmikan Bulan Akademia Peringkat Kebangsaan 2024 di Universiti Teknologi Mara (UiTM), di sini hari ini.

Isu subsidi pendidikan disentuh Perdana Menteri dalam ucapannya ketika merasmikan Simposium Kebangsaan Menoktah Kemiskinan 2024 di Putrajaya, semalam.

Ucapan beliau seperti memberi bayangan kerajaan mungkin menghentikan subsidi membiayai pendidikan anak golongan kaya di sekolah awam terbaik negara.

[thumbnail of 15382.pdf] Text
15382.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only, you request a copy.

Click to Download (310kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: 300 Social sciences > 330 Economics
300 Social sciences > 370 Education > Higher education
Campuses: Shah Alam
Newspaper: Berita Harian
Date: 1 October 2024
Depositing User: Jaz Norfazuna Jaafar
Edit Item Record
Edit Item Record