Skuad futsal UiTM juara berganda Liga IPT 2024


Abstract

KUALA TERENGGANU: Skuad Universiti Teknologi Mara (UiTM) merangkul kejuaraan berganda dalam saingan Liga Futsal Institusi Pendidikan Tinggi (LFIPT) edisi ke-14 musim ini.

Kejayaan itu diraih masing-masing menerusi pasukan Liga Super yang menamatkan saingan di tempat teratas dengan mengumpul 25 mata hasil lapan kemenangan dan seri sekali manakala pasukan Liga Wanita IPT meraih 21 mata hasil tujuh kemenangan.

Lebih manis dua pemain UiTM, Muhammad Haiqal Hasnor dan Ayuna Anjani Lamsin masing-masing dinobatkan pemain terbaik Liga Super dan Liga Wanita.

Kemenangan itu menyaksikan pasukan Liga Super yang juga penyandang juara pada musim lalu meraih hadiah wang tunai RM6,000 berserta piala manakala pasukan wanita membawa pulang wang tunai RM3,500 serta piala.

[thumbnail of 15380.pdf] Text
15380.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only, you request a copy.

Click to Download (280kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: 700 Arts & recreation > 790 Recreational & performing arts > 796 Athletic & outdoor sports & games
Campuses: Terengganu
Newspaper: Berita Harian
Date: 9 October 2024
Depositing User: Jaz Norfazuna Jaafar
Edit Item Record
Edit Item Record