Pembangkang berkesan


Abstract

SATU sisi demokrasi yang jarang dibincangkan, namun sangat penting dan signifikan dalam pendemokrasian sihat ialah kepembangkangan (baca: pembangkang).

Ia selaras dengan semangat ‘kerajaan melalui perbincangan’ yang dianjurkan demokrasi – perbincangan lazimnya digerakkan menerusi proses berhujah dan membalas hujah.

Demokrasi dianggap sebagai pemerintahan terbaik kerana sistem itu memberi ruang kepada wakil rakyat berhujah dan berbalas hujah atas prinsip setiap wakil rakyat berhak mempunyai pandangan berbeza.

Secara mudah, inti pati demokrasi itu terletak pada asas bahawa majoriti mempunyai cara (way) dan minoriti mempunyai suara (say).

Ia selaras dengan saranan sarjana Sains Politik, Harold Laski (1936) bahawa dalam konteks politik dan negara, manusia yang hidup bersama secara aman mesti boleh berhujah bersama secara aman, lantas mencadangkan demokrasi berparlimen sebagai terbaik bagi melaksanakan demokrasi sebenar.

[thumbnail of 14621.pdf] Text
14621.pdf - Published Version
Restricted to Repository staff only

Click to Download (456kB) | Request a copy
Edit Item Record
Edit Item Record