TNC UiTM dinobat antara 50 wanita terbaik bidang pendidikan dunia


Abstract

KUALA LUMPUR: Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Prof Datin Dr Suzana Sulaiman, menerima anugerah 'Top 50 Women in Education' pada World Education Congress Awards 2024 di Mumbai, India, semalam.

UiTM dalam satu kenyataan memaklumkan, pengiktirafan Suzana sebagai pakar dalam perakaunan pengurusan telah memberi impak besar kepada sektor pendidikan di UiTM, kerajaan serta organisasi antarabangsa seperti Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) dan The Chartered Institute of Management Accountants (CIMA).

"Dengan lebih 33 tahun pengalaman mengajar serta latar belakang pendidikan dari United Kingdom (UK) dan UiTM, beliau memberi pengaruh signifikan kepada landskap pendidikan pada peringkat kebangsaan serta antarabangsa.

"Anugerah itu mengiktiraf wanita yang menyumbang secara signifikan dalam bidang pendidikan melalui inovasi, dedikasi dan kepimpinan," katanya.

"Anugerah itu mengiktiraf wanita yang menyumbang secara signifikan dalam bidang pendidikan melalui inovasi, dedikasi dan kepimpinan," katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, pengiktirafan terbabit juga adalah bukti komitmen UiTM terhadap kecemerlangan akademik pada peringkat antarabangsa, sekali gus meningkatkan reputasi universiti berkenaan di mata dunia.

"Beliau turut dijemput memberi syarahan pada World Education Congress. Ia memperlihatkan pengaruh dan ketampakan UiTM dalam forum akademik antarabangsa.

"Pencapaian beliau mencerminkan dedikasi UiTM dalam mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk kejayaan pelajar dan pendidik," katanya.

Majlis penganugerahan itu dihadiri peserta dari pelbagai negara, termasuk India, Bangladesh, Sri Lanka, Pakistan, Amerika Syarikat, Uganda, UK, Bhutan, Jepun dan Qatar.

Penerima anugerah itu dinilai oleh badan-badan antarabangsa seperti World Sustainability, World HRD Congress, World Federation Academic & Educational, World Federation Quality and Professional, World Federation of Human Resources Professionals, dan Thought Leaders International.

[thumbnail of 14486.pdf] Text
14486.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only, you request a copy.

Click to Download (287kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: 300 Social sciences > 370 Education > Awards
Campuses: Shah Alam
Newspaper: Berita Harian
Date: 12 July 2024
Depositing User: Jaz Norfazuna Jaafar
Edit Item Record
Edit Item Record