Abstract
SHAH ALAM- Kebolehpasaran pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) mencecah 89.4 peratus menjadi pencapaian terbesar kepada institut berkenaan yang diiktiraf sebagai universiti sejak 25 tahun lalu.
Pengarah Lembaga Pengarah UiTM, Prof. Emeritus Datuk Dr. Raduan Che Rose berkata, ia menjadi tanggungjawab universiti untuk memastikan graduan mendapat kerja di pelbagai sektor.
“Kami tidak melihat sangat kedudukan UiTM dalam ranking QS World University Rankings. Apa yang lebih penting untuk memastikan seramai mungkin graduan mendapat pekerjaan.
“Kami mahu melahirkan graduan berkualiti dan mempunyai daya saing tinggi yang mampu bertahan dalam dunia pekerjaan,” katanya selepas menghadiri majlis Kayuhan Kapsul 25 Tahun Rentas Cawangan di UiTM Shah Alam, di sini, hari ini.
Sementara itu, Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Dr. Shahrin Sahib berkata, pihaknya akan terus memantapkan semua program pengajian yang ditawarkannya sebagai salah satu usaha memperkasakan universiti.
Ujarnya, program pengajian perhotelan, komunikasi, undang-undang dan perubatan yang ditawarkan UiTM mendapat pengiktirafan badan tempatan dan antarabangsa, lantas menjadikan universiti tersebut sama hebat dengan beberapa universiti tempatan lain.
14468.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only
Only UiTM students and staff can get the full text of the article by clicking on request a copy. A copy of the full text will be sent via the applicant's email.
Click to Download (253kB) | Request a copy
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Subjects: | 300 Social sciences > 370 Education > Higher education |
Campuses: | Shah Alam |
Newspaper: | Kosmo |
Date: | 2 July 2024 |
Depositing User: | Jaz Norfazuna Jaafar |