Mizan Hitam diumum Tokoh Maal Hijrah Melaka, Ustaz Abdul Somad terima Anugerah Murabbi Nusantara


Abstract

MELAKA: Penolong Naib Canselor, Institut Kepimpinan dan Pembangunan (ILD) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan, Prof. Datuk Dr. Mizan Hitam, 59, menerima Anugerah Abu Bakar As-Siddiq sebagai Tokoh Maal Hijrah 1446 Hijrah Peringkat Negeri Melaka.

Turut menerima ialah pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad, 47, yang menerima Anugerah Murabbi Nusantara iaitu anugerah yang julung kali diperkenalkan kerajaan negeri tahun ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh menyampaikan anugerah itu pada Majlis Sambutan Maal Hijrah 1446 Hijrah Peringkat Negeri Melaka yang diadakan di Stadium Hang Jebat di sini, malam tadi dengan dihadiri kira-kira 50,000 orang.

Mizan anak kelahiran Kampung Padang Temu mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Temu dan Sekolah Tinggi Melaka.

Beliau melanjutkan pelajaran ke University Of Southwestern Louisiana, Amerika Syarikat pada 1984, Ohio State University Columbus (1987) dan University Of Newcastle Upon Tyne United Kingdom (1994).

Bekas Rektor UiTM Melaka Kampus Alor Gajah dan Jasin dari 2007 hingga 2017 itu berkata, beliau terharu dan bersyukur apabila diberi penghormatan oleh kerajaan negeri sebagai Tokoh Maal Hijrah tahun ini.

“Saya ingin merakamkan rasa syukur kepada Allah atas amanah yang diberikan ini dan terima kasih kepada kerajaan negeri yang telah memilih saya khususnya kepada Ketua Menteri.

“Saya rasa terharu, anugerah ini bukan untuk saya seorang sebagai pensyarah di UiTM selama 35 tahun dan berada dalam Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) sejak 10 tahun lalu.

“Ini bukan kerana kehebatan saya tetapi kepercayaan kerajaan negeri untuk saya sebagai anak jati Melaka untuk sama-sama menyumbang, selagi diperlukan saya akan terus menyumbang dalam bidang pendidikan dan kemasyarakatan,” katanya.

Kejayaan itu membolehkan Mizan membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000, pingat, selempang dan sijil manakala Abdul Somad menerima tanjak dan sijil. – UTUSAN

[thumbnail of 14405.pdf] Text
14405.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only, you request a copy.

Click to Download (319kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: 300 Social sciences > 370 Education > Awards
Campuses: Melaka
Newspaper: Utusan Malaysia
Date: 7 July 2024
Depositing User: Jaz Norfazuna Jaafar
Edit Item Record
Edit Item Record