Abstract
SAUDARA PENGARANG,
DALAM era digital yang semakin berkembang, media sosial menjadi platform utama untuk berkomunikasi, berkongsi maklumat dan mempengaruhi masyarakat.
Jika dahulu cita-cita anak muda untuk menjadi tokoh dalam bidang profesional, seperti pendidik, ahli badan beruniform, jurutera, doktor dan sebagainya, namun kini, fokus mereka adalah menjadi pempengaruh di media sosial.
Ternyata, menjadi seorang pempengaruh ini bukanlah hanya semata-mata untuk menjadi terkenal sebaliknya memikul tanggungjawab besar.
Oleh itu, untuk kekal relevan, popular dan berkredibiliti, maka mereka perlu mempunyai pemikiran yang analitik dan kritikal.
Mereka bukan sahaja boleh mencipta kandungan media sosial yang kreatif dan menarik namun menggunakan kandungan tersebut bagi membentuk budaya dan mengubah paradigma pengikut ke tahap yang lebih baik.
Penganjuran Anugerah TikTok Malaysia 2023 yang julung kalinya diadakan dilihat sebagai bukti yang jelas bahawa pempengaruh media sosial semakin diiktiraf dalam kalangan masyarakat umum. Apatah lagi dengan tema Yang Gah di Skrin Kecil.
Memandangkan interaksi bersama pengikut adalah kunci untuk kekal relevan di media sosial maka para pempengaruh ini juga perlu memberikan komentar, pertanyaan dan maklumbalas pengikut dengan baik.
13871.pdf - Published Version
Restricted to Repository staff only
Click to Download (263kB) | Request a copy
| Item Type: | Newspaper |
|---|---|
| Subjects: | 300 Social sciences |
| Campuses: | Negeri Sembilan Negeri Sembilan > Kuala Pilah Campus |
| Divisions: | Faculties > Communications & Media Studies |
| Newspaper: | Utusan Malaysia |
| Date: | 14 November 2023 |
| Depositing User: | Norhamizah Isa (Kuala Pilah) |
