Pelancaran Buku Koleksi Ucapan Penganugerah Istiadat Konvokesyen UiTM Cawangan Sabah


Abstract

KOTA KINABALU, 7 Disember 2023 – Bersempena sambutan Jubli Emas 50 Tahun UiTM Cawangan Sabah, Profesor Madya Dr Rozita @ Uji Mohammed, Rektor UiTM Cawangan Sabah telah melaksanakan projek penulisan Buku Koleksi Ucapan Penganugerah Istiadat Konvokesyen UiTM Cawangan Sabah. Yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang, atas usaha gigih dan kerjasama sepasukan, buku ini telah berjaya disiapkan mengikut tempoh seperti yang dirancang bersama Jawatankuasa Penulisan Buku Koleksi Ucapan Penganugerah Istiadat Konvokesyen UiTM Cawangan Sabah yang diketuai Puan Aminah Aman, Timbalan Pendaftar Kanan serta dianggotai bersama 18 jawatankuasa penulisan yang terdiri dari staf akademik dan bukan akademik.

Edit Item Record
Edit Item Record