Insurans Perjalanan Pastikan Pengembaraan Lancar


Abstract

Sebanyak 2.3 juta pasport antarabangsa sudah dikeluarkan Jabatan Imigresen sehingga April lalu yang menjejaskan keterujaan sebahagian masyarakat kita meneroka dunia. Hal ini tentulah baik seperti mana disebut pepatah Melayu, jauh berjalan luas pandangan. Bagaimanapun dalam keterujaan melancong, kita perlulah memikir keperluan asas yang paling utama, iaitu insurans perjalanan. Ia adalah sebagai langkah berjaga-jaga jika berlaku kes di luar jangkaan. Ia mungkin sahaja kemalangan, kecurian, bencana alam atau mungkin keganasan akibat politik misalnya demonstrasi atau rampasan kuasa yang pernah berlaku di Turkiye tidak lama dulu, malah mungkin juga kehilangan pasport.

Edit Item Record
Edit Item Record