Komitmen membina politik kukuh integriti


Abstract

'KONSEP Kepimpinan Melalui Teladan' merujuk kepada perlunya pemimpin menunjukkan kepimpinan yang terbaik dan berintegriti kepada rakyat. Pemimpin sebenarnya ikon atau ikutan yang menjati contoh di mata pengikutnya. Maka seseorang pemimpin yang mengamalkan amalan dan gaya kepimpinan terbaik selalunya dihormati. Bukan ditakuti. Cabaran terbesar parti dan ahli politik berkaitan dengan integriti. Pemerintah terutamanya parti yang memegang kuasa berhadapan dengan persoalan memantapkan integriti dan menangani tuntutan dan harapan rakyat yang kian meningkat. Secara keseluruhan rakyat juga mahu gelanggang politik menjadi medan yang bersih dan landasan memajukan masyarakat dan negara. Politik yang bersih dan mengamalkan integriti dalam pentadbiran membolehkan pelaksanaan setiap dasar, program dapat berjalan dengan lancar. Keperluan memupuk budaya integriti sejak akhir-akhir ini semakin memberangsangkan. Kesungguhan ini dapat ditunjukkan dengan penganjuran Kolokium Tadbir Urus dan Integriti
Kerajaan Negeri Melaka berlangsung di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia September lalu. Berlangsung di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), memperlihatkan komitmen dan keseriusan barisan kanan anggota pentadbiran kerajaan negeri Melaka. Ini termasuklah Ketua Menterinya dalam mendapatkan pengalaman dan pengetahuan terbaharu dalam soal budaya berintegriti. Datuk Seri Ir Idris Haron mengumumkan barisan Exco Kerajaan Negeri Melaka, Timbalan Exco Kerajaan Negeri dan Adun BN akan menandatangani Ikrar Integriti semasa sidang Dun akan datang. Dijangkakan waktu terdekat. Syabas. Menyedari bahawa Ikrar Integriti merupakan janji untuk mencegah bersama dan mengelak diri daripada rasuah, seramai 41 anggota Pengurusan Tertinggi Kerajaan Negeri Melaka, termasuk Ketua Menteri menghadiri Kolokium Tadbir Urus dan Integriti Kerajaan Negeri Melaka. Turut terlibat sebagai peserta ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, empat Ahli Parlimen, Exco Kerajaan Negeri Melaka (10), senator (tiga), timbalan exco (sembilan), timbalan speaker, penasihat undang-undang, pegawai kewangan negeri, pegawai daerah (tiga) dan datuk bandar serta Yang Dipertua Majlis Perbandaran (empat). Kolokium ini merupakan sebahagian daripada usaha ke arah menandatangani Ikrar Integriti. Kolokium ini juga merupakan sebahagian daripada usaha Merakyatkan SPRM dan memupuk budaya integriti yang diusahakan oleh Kerajaan Negeri Melaka. Malah, ia juga selaras dengan kenyataan Idris sendiri pada 6 April 2015, yang menzahirkan kesediaan Kerajaan Negeri Melaka untuk menandatangani Ikrar Integriti. Sebagai langkah menerapkan budaya integriti di kalangan pemimpin Kerajaan Negeri Melaka, kepimpinan Idris telah mewajibkan kesemua Exco, Timbalan Exco, ketua agensi-agensi kerajaan dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan, untuk menyertai pasukan Askar Wataniah yang menerapkan nilai integriti sebagai komponen asas. “Pasukan Wataniah dapat membina tanggapan integriti dan kualiti di kalangan masyarakat. Ini semua usaha kami hendak menjadikan Melaka negeri bebas rasuah,” kata Idris lagi. Siri program termasuk kolokium kali ini, yang merupakan kali pertama diadakan oleh mana-mana Kerajaan Negeri, menunjukkan bahawa “Kerajaan Negeri Melaka serius dalam memupuk nilai-nilai integriti di kalangan anggota pentadbiran” dan di semua peringkat agensi kerajaan dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan. Beliau juga memperlihatkan komitmen bahawa Kerajaan Negeri Melaka sedia menyertai dalam apa jua projek perintis atau pilot project yang dilaksanakan oleh SPRM dalam usaha memerangi rasuah. Timbalan Ketua Pesuruhjaya, Datuk Mustafar Ali menyifatkan penyertaan Pengurusan Tertinggi Kerajaan Negeri Melaka termasuk Ketua Menteri menunjukkan komitmen tinggi pihaknya dalam memupuk dan mengamalkan budaya berintegriti yang tinggi di Negeri Melaka.

[thumbnail of PB2015079747.pdf] Text
PB2015079747.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only

Click to Download (369kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: 300 Social sciences
300 Social sciences > 320 Political science
Campuses: Kelantan
Kelantan > Kota Bharu Campus
Newspaper: Sinar Harian
Date: 10 November 2015
Depositing User: Aida Mustapha (Kota Bharu)
Related URLs:
Languages: Malay
Edit Item Record
Edit Item Record