Kerjasama perkasakan STEM antara UiTM, IPT Indonesia


Abstract

LOMBOK: Bermatlamatkan perkongsian kepakaran dan amalan baik dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) baru-baru ini berkunjung ke beberapa institut pengajian tinggi (IPT) wilayah Nusa Tenggara Barat (NTB) di Indonesia.

Lawatan itu yang dinamakan Tanda Aras STEM - pembelajaran digital di Lombok dibuat menerusi inisiatif Pemerkasaan Komuniti Antarabangsa (ICE), UiTM dijayakan bersama pemerintah NTB.

Ketua delegasi Malaysia, Prof Madya Dr Mahadir Ladisma, berkata program itu adalah platform terbaik untuk berkongsi strategi memperkasa bidang STEM yang dapat memberi manfaat kepada kedua-dua negara.

"Kerjasama semua pihak penting dalam memupuk minat terhadap STEM dalam kalangan pelajar.

"Ini penting dalam menyumbang ke arah pembangunan negara di masa hadapan," katanya.

Lawatan berkenaan singgah di beberapa IPT di NTB seperti Universitas Mataram; Universitas Islam Negeri Mataram; Lombok Institute of Technology dan Badan Riset dan Inovasi Daerah (BRIDA) NTB.

Menerusi lawatan yang sama, satu program kerjasama di antara UiTM dan BRIDA NTB, turut diadakan dengan membabitkan enam pensyarah dari Kolej Pengajian Kejuruteraan (KPK), UiTM.

Menerusi acara itu, mereka mengendalikan modul berkaitan kejuruteraan yang membabitkan penyertaan sekitar 150 pesert

[thumbnail of 9884.pdf] Text
9884.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only

Only UiTM students and staff can get the full text of the article by clicking on request a copy. A copy of the full text will be sent via the applicant's email.
Click to Download (256kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: 300 Social sciences > 370 Education > Higher education
Campuses: Shah Alam
Newspaper: Berita Harian
Date: 2 August 2023
Depositing User: Jaz Norfazuna Jaafar
Languages: Malay
Edit Item Record
Edit Item Record