UiTM ungguli Karnival Sukan MASUM


Abstract

KUALA LUMPUR: Kontinjen Universiti Teknologi Mara (UiTM) mendominasi Karnival Sukan MASUM Fasa 1 di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang menutup tirainya, semalam.

Bersama 19 emas, 19 perak dan 16 gangsa, UiTM muncul sebagai juara keseluruhan MASUM Fasa 1 dengan mengatasi Universiti Putra Malaysia (UPM) yang menghimpun 14 emas, 10 perak dan 10 gangsa.

Tempat ketiga menjadi milik Universiti Malaya (UM) dengan 11 emas, tiga perak dan lima gangsa pada edisi kali ini yang menampilkan penyertaan daripada 20 Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Antara yang beraksi cemerlang buat kontinjen UiTM adalah skuad memanah yang membawa pulang tujuh emas, lima perak dan lima gangsa untuk meninggalkan pencabar terdekat, UPM yang memenangi lima emas, enam perak dan tiga gangsa.

[thumbnail of 9809.pdf] Text
9809.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only

Click to Download (297kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: 700 Arts & recreation > 790 Recreational & performing arts > 796 Athletic & outdoor sports & games
Campuses: Shah Alam
Newspaper: Berita Harian
Date: 21 August 2023
Depositing User: Jaz Norfazuna Jaafar
Languages: Malay
Edit Item Record
Edit Item Record