Fasa peralihan endemik perkukuh ekonomi negara


Abstract

Mulai 1 April ini, Malaysia akan melangkah ke Fasa Peralihan Endemik COVID-19 seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Justeru, adakah rakyat bersedia melangkah ke fasa ini memandangkan jangkitan harian tetap meningkat melebihi 30,000 kes.

Apabila melangkah ke fasa endemik, terdapat kelonggaran bakal dinikmati rakyat antaranya had waktu beroperasi bagi premis perniagaan dimansuhkan, pendaftaran kemasukan menggunakan MySejahtera dikecualikan di kawasan terbuka, tidak sesak dan tiada perhimpunan orang ramai.

Aktiviti solat jemaah di masjid, surau atau rumah ibadat selain Islam boleh dilaksanakan tanpa penjarakan fizikal, pembukaan sempadan negara dan tiada lagi had kapasiti 50 peratus untuk aktiviti perkumpulan ramai.

Setiap kelonggaran diberikan ini sudah semestinya dikaji kerajaan dengan mendalam, terutama menilai kesan baik dan buruknya dalam memastikan kesejahteraan rakyat terjaga.

[thumbnail of PB2022136540.pdf] Text
PB2022136540.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only

Click to Download (270kB) | Request a copy
Edit Item Record
Edit Item Record