Apa sudahnya politik negara?


Abstract

Rasanya minggu ini mungkin paling meresahkan buat orang politik. Ketidaktentuan politik semasa memuncak apabila timbul desas desus akan kewujudan sebuah pakatan baharu antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), UMNO dan Pas. Pakatan bergelar ‘Pakatan Nasional’ dikatakan sebagai sebuah usaha untuk menggantikan Pakatan Harapan (PH) sebagai gabungan parti pemerintah dan sekaligus menamatkan terus pelan peralihan kuasa kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri ke-8.

Perkara itu diperkukuhkan lagi apabila ada khabar angin berkenaan akuan bersumpah (SD) dalam kalangan ahli Parlimen terutamanya daripada PH sendiri untuk menyokong Tun Dr Mahathir Mahathir menamatkan tempoh mandatnya sebagai Perdana Menteri sehingga Pilihan Raya Umum akan datang. Walaupun ramai yang masih menafikan dan berdolak-dalik tentang kebenarannya, ia sudah cukup untuk memberikan isyarat bahawa sesuatu yang besar bakal berlaku.

[thumbnail of PB2020103910.pdf] Text
PB2020103910.pdf
Restricted to Registered users only, you request a copy.

Click to Download (219kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: 300 Social sciences > 320 Political science
Campuses: Negeri Sembilan
Divisions: Faculties > Administrative Science and Policy Studies
Newspaper: Sinar Harian
Date: 15 February 2020
Depositing User: Naziraqh Azizan (Bertam)
Edit Item Record
Edit Item Record