Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik


Abstract

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad merangkap pemangku Menteri Pendidikan mempunyai alasan tersendiri untuk memperkenalkan kembali Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di sekolah.

Telah terdengar kembali suara sumbang: “Anak-anak kita ni jadi bahan tabung uji ke?” Masing-masing mempunyai hujah tersendiri sama ada menyokong atau menolak.

Perkara itu memang diduga kerana beliau ialah pencetus idea PPSMI ketika diperkenalkan dahulu. Kemudian diberhentikan dan akan diperkenalkan kembali untuk merealisasikan wawasan dalam bidang pendidikan.

Bagaimanapun cadangan itu mendapat bantahan pelbagai pihak termasuk pejuang bahasa dan budaya yang menolak sebarang usaha mengembalikan PPSMI. Antara hujahnya ialah usaha itu menafikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Kenapa perlu mengagungkan bahasa lain sedangkan kita mampu melakukan wadah pendidikan mengikut acuan sendiri.

[thumbnail of PB2020110130.pdf] Text
PB2020110130.pdf
Restricted to Registered users only

Click to Download (212kB) | Request a copy
Edit Item Record
Edit Item Record