Isu kelewatan projek pembinaan


Abstract

Industri pembinaan merupakan salah satu pemacu ekonomi utama Malaysia kerana industri itu mampu menawarkan impak merentasi pelbagai sektor seperti komersial, kediaman, perindustrian, infrastruktur, tenaga dan utiliti. Terdapat pelbagai projek pembinaan di dalam perancangan untuk meningkatkan pertumbuhan seperti menambah baik sistem pengangkutan, infrastruktur untuk sektor pelancongan dan pembinaan rumah mampu milik.

Memandangkan industri pembinaan sedang berkembang dari tahun ke tahun, banyak cabaran yang dihadapi semasa pelaksanaannya. Cabaran utama yang dihadapi dalam melaksanakan projek pembinaan ialah kelewatan. Setiap aktiviti dalam projek pembinaan berkait rapat dengan masa dan kos. Dukacitanya kelewatan sering terjadi di dalam projek pembinaan.

[thumbnail of PB2022136233.pdf] Text
PB2022136233.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only, you request a copy.

Click to Download (239kB) | Request a copy
Edit Item Record
Edit Item Record