Abstract
KEMERIAHAN bulan Ramadan sudah mula terasa. Di sana dan sini kelihatan pelbagai jenis kurma dijual untuk dinikmati sebagai manisan sunnah untuk berbuka. Ahli jawatan kuasa masjid dan surau juga sibuk menghebahkan kutipan derma bagi menyediakan juadah berbuka puasa dan bubur lambuk yang sinonim dengan budaya masyarakat lslam di Malaysia sepanjang Ramadan. Malah Syurga turut dihias bagi menyambut ketibaan hamba-Nya yang sanggup berjuang menahan nafsu pada waktu siang dan melakukan pelbagai ibadah kala malam.
Sehubungan itu, setiap individu Muslim seharusnya membuat persiapan rapi bagi meraih kejayaan hakiki agar beroleh keampunan llahi di bulan mubarak yang bakal menjelang tiba ini. Peluang kecmasan yang tiba itu tidak patut dipersia-siakan memandangkan hanya insan istimewa dan terpilih sahaja bakal mendapat kurnia ganjaran berlipat kali ganda termasuklah peluang beribadah pada malam Lailatul Qadar yang menyamai pahala 1,000 bulan.
PB2010031195.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only
Only UiTM students and staff can get the full text of the article by clicking on request a copy. A copy of the full text will be sent via the applicant's email.
Click to Download (751kB) | Request a copy
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Subjects: | 200 Religion |
Campuses: | Johor > Pasir Gudang Campus |
Divisions: | Faculties > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) |
Newspaper: | Utusan Malaysia |
Page Range: | p. 11 |
Date: | 10 August 2010 |
Depositing User: | Asrizam Awang Aman (Sabah) |