Usaha negeri memupuk budaya integriti


Abstract

Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Sembilan, Datuk Johani Hassan (dua dari kanan) bersama-sama Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM, Datuk Mohd. Jamidan Abdullah (paling kanan) beramah mesra dengan peserta Kursus Pengukuhan Integriti Agensi Penguat Kuasa Zon Selatan 2015 di Seremban, baru-baru ini. KONSEP Kepemimpinan Melalui Teladan merujuk kepada perlunya pemimpin menunjukkan kepemimpinan yang terbaik dan berintegriti kepada rakyat. Pemimpin sebenarnya ikon atau ikutan yang menjadi contoh di mata pengikutnya. Maka seseorang pemimpin yang mengamalkan amalan dan gaya kepimpinan terbaik selalunya dihormati. Bukan ditakuti. Cabaran terbesar parti dan ahli politik berkaitan dengan integriti. Pemerintah terutamanya parti yang memegang kuasa berhadapan dengan persoalan memantapkan integriti dan menangani tuntutan dan harapan rakyat yang kian meningkat. Secara keseluruhan rakyat juga mahu gelanggang politik menjadi medan yang bersih dan landasan memajukan masyarakat dan negara. Politik yang bersih dan mengamalkan integriti dalam pentadbiran membolehkan pelaksanaan setiap dasar, program dapat berjalan dengan lancar.
Keperluan memupuk budaya integriti sejak akhir-akhir ini semakin memberangsangkan. Kesungguhan ini dapat ditunjukkan dengan penganjuran Kolokium Tadbir Urus dan Integriti Kerajaan Negeri Melaka pada September lalu. Berlangsung di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), memperlihatkan komitmen dan keseriusan barisan kanan anggota pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka untuk mendapatkan pengalaman dan pengetahuan terbaharu dalam soal budaya berintegriti. Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ir. Idris Haron sendiri mengumumkan barisan exco kerajaan negeri itu, timbalan exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) akan menandatangani Ikrar Integriti semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang. Dijangkakan waktu terdekat. Syabas. Menyedari bahawa Ikrar Integriti adalah akujanji untuk mencegah bersama dan mengelak diri daripada rasuah, seramai 41 anggota Pengurusan Tertinggi Kerajaan Negeri Melaka, termasuk Ketua Menteri menghadiri kolokium berkenaan. Kolokium ini sebahagian daripada usaha Merakyatkan SPRM dan memupuk budaya integriti yang diusahakan oleh Kerajaan Negeri Melaka, selaras dengan kenyataan Idris sendiri pada 6 April lalu, yang menzahirkan kesediaan Kerajaan Negeri Melaka untuk menandatangani Ikrar Integriti. Sebagai langkah menerapkan budaya integriti dalam kalangan pemimpin Melaka, Idris juga telah mewajibkan kesemua Exco, Timbalan Exco, ketua agensi-agensi kerajaan dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan di negeri itu, menyertai pasukan Askar Wataniah yang menerapkan nilai integriti sebagai komponen asas. “Pasukan Wataniah dapat membina tanggapan integriti dan kualiti di kalangan masyarakat. Ini semua usaha kami hendak menjadikan Melaka negeri bebas rasuah,” kata Idris lagi. Siri program termasuk kolokium kali ini, yang kali pertama diadakan oleh mana-mana kerajaan negeri, menunjukkan keseriusan Melaka memupuk nilai-nilai integriti dalam kalangan anggota pentadbiran di semua peringkat agensi kerajaan dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan. Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Mustafar Ali menyifatkan penyertaan Pengurusan Tertinggi Kerajaan Negeri Melaka termasuk Ketua Menteri sebagai komitmen memupuk dan mengamalkan budaya berintegriti yang tinggi di negeri itu.
Program ini menyediakan input, penghayatan serta pengamalan ke arah Ikrar Integriti bagi menjelaskan peranan dan fungsi SPRM kepada pengurusan tertinggi Kerajaan Negeri Melaka, seterusnya memperbaiki persepsi masyarakat terhadap SPRM, meningkatkan pengetahuan pihak pengurusan tertinggi Kerajaan Negeri Melaka, di samping menjadikan mereka sebagai tokoh pencegahan rasuah dan berperanan sebagai pihak yang mempertahankan SPRM dan mewujudkan hubungan dan rangkaian dengan golongan pihak pengurusan tertinggi Kerajaan Ne-geri Melaka dalam usaha menyebarkan dan menyampaikan mesej-mesej pencegahan rasuah
untuk disampaikan kepada pihak bawahan masing-masing serta memperoleh maklumat berkualiti. Pada program ini, para peserta telah mengikuti sesi dialog bersama Mustafar yang menyampaikan ceramah bertajuk Peranan Ahli Politik Dalam Memperkasakan Integriti manakala Ketua Strategik Pembangunan Kepimpinan SPRM, Faridah Hanim Haron pula mengupas aspek Kepimpinan Berteraskan Integriti; Dr. Anis Yusal pula membincangkan tajuk Integriti Dalam Politik (Do’s & Dont’s) manakala Presiden International Movement for a Just World (JUST), Dr. Chandra Muzaffar menyentuh tajuk Kuasa Politik dan Integriti. Akhir Ogos lalu, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob mengumumkan bahawa beliau dan kesemua 11 Ahli Majlis Mesyuarat (Exco) Kerajaan Negeri akan mengisytiharkan harta masing-masing kepada SPRM dalam tempoh masa terdekat. “Pahang merupakan negeri pertama yang melakukan perkara ini dan saya harap ia akan dijadikan contoh dan ikutan kepada negeri-negeri lain bagi menangani rasuah,” katanya. Dalam pada itu, Ikrar Integriti juga telah disempurnakan oleh barisan Exco Kerajaan Negeri dan ADUN Sabah dan Sarawak. Di Sabah, kesemua ADUN termasuk pembangkang juga telah melafazkan Ikrar Integriti. Keadaan pada hari ini sudah berbeza berbanding persekitaran satu dekad yang lalu. Ahli-ahli politik juga memperlihatkan komitmen yang membina ke arah mewujudkan persekitaran bebas rasuah dan berintegriti sebagaimana diharapkan oleh rakyat dan pengundi masing-masing. PENULIS ialah pensyarah Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan ahli Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah SPRM.

[thumbnail of PB2015064246.pdf] Text
PB2015064246.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only

Only UiTM students and staff can get the full text of the article by clicking on request a copy. A copy of the full text will be sent via the applicant's email.
Click to Download (189kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: Corporate Governance
Campuses: Kelantan
Kelantan > Kota Bharu Campus
Newspaper: Utusan Malaysia
Date: 7 November 2015
Depositing User: Aida Mustapha (Kota Bharu)
Related URLs:
Languages: Malay
Edit Item Record
Edit Item Record