Abstract
Kedatangan Rasulullah SAW di dunia ini bertujuan meneruskan legasi dakwah oleh rasul-rasul yang terdahulu iaitu menyeru manusia untuk kembali kepada keyakinan dan keimanan yang benar terhadap Pencipta yang sebenar. Mengakui keesaan dan tidak melakukan kesyirikan merupakan tanggungjawab yang berat yang perlu dipikul oleh setiap rasul utusan Tuhan. Dalam sejarah perjuangan Rasulullah SAW selama 23 tahun di bumi Makkah dan Madinah menyaksikan bahawa Baginda SAW tidak jemu untuk memperbetulkan kesilapan masyarakat terhadap keyakinan beragama berdasarkan ketetapan dan kehendak Pencipta.
Kesungguhan Rasulullah SAW dalam berdakwah dapat dilihat melalui doanya ketika Baginda pernah dihalau di bumi Taif. Antara doa Nabi SAW berbunyi: "Ya Allah kepada-Mu aku mengadu lemahnya kekuatanku, sempitnya upayaku, dan hinanya aku di mata manusia. Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih daripada semua Pengasih, Engkaulah Tuhan bagi golongan yang lemah, Engkaulah tuhanku. Kepada siapa lagi Engkau akan serahkan diriku? Adakah kepada orang yang jauh yang bermuka bengis denganku? Atau kepada musuh yang akan menguasaiku? Jika Engkau tidak memurkaiku, aku tidak peduli. Tetapi kemaafan-Mu terlalu luas untukku. Aku berlindung dengan cahaya zat-Mu yang menerangi segala kegelapan, dan kerananyalah semua urusan dunia dan akhirat akan menjadi baik, daripada turunnya kemurkaan-Mu kepadaku atau berlakunya kemurkaan-Mu kepadaku. Hanya kepada-Mu aku kembali, supaya engkau redha. Tiada upaya dan kekuatan, kecuali dengan-Mu." (Hadis riwayat at-Thabrani)
PB2022141081.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only, you request a copy.
Click to Download (518kB) | Request a copy
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Rasullulah SAW, Dakwah, Islam, Akhlak Mulia |
Subjects: | 100 Philosophy & psychology 200 Religion |
Campuses: | Perlis Perlis > Arau Campus |
Divisions: | Faculties > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) |
Newspaper: | Harian Metro |
Date: | 25 July 2022 |
Depositing User: | Siti Nornafiza Katmidi (Puncak Alam) |
Related URLs: |