Sedia lokar nampak mudah tapi berfaedah


Abstract

Isu beg sekolah berat dihadapi murid terutama yang berada di tahun satu bukan perkara baharu di negara kita. Setiap kali sesi persekolahan bermula, isu ini akan hangat dibincangkan dan sering menjadi rungutan dan kebimbangan ibu bapa atau penjaga.

Mana tidaknya, kebanyakan anak-anak ini masih mempunyai tubuh bersaiz kecil dan kudrat tenaga yang terhad.

Perubahan mendadak yang memaksa murid tahun satu membawa bebanan berat setiap hari boleh menjejaskan aspek kesihatan dan emosi mereka.

Edit Item Record
Edit Item Record