Konsep Kepimpinan Melalui Teladan


Abstract

'KONSEP Kepimpinan Melalui Teladan' merujuk kepada perlunya pemimpin menunjukkan kepimpinan yang terbaik dan berintegriti kepada rakyat. Pemimpin sebenarnya ikon atau ikutan yang menjati contoh di mata pengikutnya. Maka seseorang pemimpin yang mengamalkan amalan dan gaya kepimpinan terbaik selalunya dihormati. Bukan ditakuti. Cabaran terbesar parti dan ahli politik berkaitan dengan integriti. Pemerintah terutamanya parti yang memegang kuasa berhadapan dengan persoalan memantapkan integriti dan menangani tuntutan dan harapan rakyat yang kian meningkat. Secara keseluruhan rakyat juga mahu gelanggang politik menjadi medan yang bersih dan landasan memajukan masyarakat dan negara. Politik yang bersih dan mengamalkan integriti dalam pentadbiran membolehkan pelaksanaan setiap dasar, program dapat berjalan dengan lancar. Keperluan memupuk budaya integriti sejak akhir-akhir ini semakin memberangsangkan. Kesungguhan ini dapat ditunjukkan dengan penganjuran Kolokium Tadbir Urus dan Integriti Kerajaan Negeri Melaka berlangsung di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia September lalu.

[thumbnail of PB2016079761.pdf] Text
PB2016079761.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only

Only UiTM students and staff can get the full text of the article by clicking on request a copy. A copy of the full text will be sent via the applicant's email.
Click to Download (265kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: 300 Social sciences
Campuses: Kelantan > Machang Campus
Newspaper: Sinar Harian
Date: 10 November 2015
Depositing User: Che Hasnan bin Che Idris (Machang)
Related URLs:
Edit Item Record
Edit Item Record