Pusat Asasi UiTM anjur persidangan secara maya


Abstract

DENGKIL: Pusat Asasi Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah melakar sejarah apabila berjaya menganjurkan persidangan antarabangsa buat julung kalinya dengan norma baharu pada 4 Julai lepas.

Dalam persidangan maya ini, pihak penganjur telah menerima penyertaan sebanyak 106 kertas penyelidikan dalam bidang sains, teknologi dan sains sosial.
Bertemakan ‘Harnessing Potential and Leading Transformational Change’, persidangan ini telah berjaya menjadi platform kepada para penyelidik dan ahli akademik untuk berkongsi pandangan berguna mengenai bidang yang berkaitan dengan perubahan transformasi dalam perkembangan abad ke-21, penyelidikan saintifik dan perkongsian pengetahuan.

Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM), Profesor Emeritus Datuk Ir. Dr. Mohd Azraai Kassim dalam ucapan perasmian beliau berkata, persidangan maya ini bukan sahaja dapat membiasakan kita dengan norma baharu malah dapat membuktikan bahawa program seperti ini mampu dijayakan dengan lebih fleksibel dan membuka peluang kepada lebih banyak perkongsian ilmu.

[thumbnail of 9292.pdf] Text
9292.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only

Only UiTM students and staff can get the full text of the article by clicking on request a copy. A copy of the full text will be sent via the applicant's email.
Click to Download (320kB) | Request a copy
Edit Item Record
Edit Item Record