Sasaran Sanusi menang 33 DUN sukar, PN mungkin kalah di Langkawi - Penganalisis


Abstract

ALOR SETAR: Sasaran Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor untuk Perikatan Nasional (PN) mencapai kemenangan hingga 33 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah pada 12 Ogos ini, dilihat agak sukar untuk dicapai ketika ini.
READ MORE

Ads by

Dianggap sukar digugat, hakikatnya PN tidak terlepas dibelenggu masalah dalaman terutama dalam kalangan penyokong yang hingga kini masih tidak dapat menerima keputusan pucuk pimpinan dalam pemilihan calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Perkara itu dapat disaksikan apabila Timbalan Yang Dipertua PAS Langkawi, Mazlan Ahmad dan Bendahari Pemuda PAS Langkawi, Safwan Hanif Shafie menjadi calon Bebas selepas tidak bersetuju dengan keputusan meletakkan wakil BERSATU di Langkawi.

Akhirnya, Mazlan menjadi calon Bebas di DUN Kuah, manakala Safwan Hanif di DUN Ayer Hangat, sedangkan dua kawasan itu dianggap sebagai kerusi boleh menang PN berdasarkan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu.

[thumbnail of 9290.pdf] Text
9290.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only

Click to Download (263kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: 300 Social sciences
300 Social sciences > 320 Political science
Campuses: Kedah
Kedah > Sungai Petani Campus
Newspaper: Berita Harian
Date: 8 August 2023
Depositing User: Noor Azlina Hamzah (Kedah)
Languages: Malay
Edit Item Record
Edit Item Record