Abstract
Jabatan Penjara melaporkan kadar jenayah ulangan bekas banduan pada 2021 adalah hampir 15 peratus dan ia menunjukkan peningkatan berbanding lapan peratus pada 2017. Namun, dari sisi positif, angka ini masih paling rendah jika dibandingkan negara membangun lain. Persoalannya, mengapa masih berlaku peningkatan kes banduan melakukan jenayah berulang. Terdapat beberapa kemungkinan dalam hal ini tetapi hakikat tidak dinafikan, ia disebabkan kurangnya penerimaan masyarakat kepada bekas banduan walaupun mereka sudah menerima hukuman setimpal atas kesilapan lampau. Stigma negatif melekat kepada bekas banduan ini menyukarkan proses integrasi mereka ke dalam masyarakat bagi membolehkan mereka turut sama menikmati kitaran ekonomi dan pergaulan sosial sama seperti orang lain.
9266.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only, you request a copy.
Click to Download (306kB) | Request a copy
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Subjects: | 200 Religion 300 Social sciences > 306 Culture & institutions |
Campuses: | Melaka > Alor Gajah Campus |
Divisions: | Faculties > Faculty of Communications & Media Studies |
Newspaper: | Berita Harian |
Date: | 8 July 2023 |
Depositing User: | Rosila Nordin (Alor Gajah) |
Related URLs: |