Abstract
SHAH ALAM: Seorang pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Puncak Perdana maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Persiaran Mokhtar Dahari di sini, petang tadi.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, berkata Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam menerima satu laporan mengenai kemalangan itu jam 5.50 petang.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati, kejadian dipercayai berlaku apabila MPV jenis Toyota Estima itu sedang membelok ke kanan dari arah Puncak Alam ke stesen minyak di Persiaran Mokhtar Dahari yang terletak di sebelah kanan.
"Ketika kenderaan itu sedang membelok, datang sebuah motosikal jenis Honda RS-X dari arah Shah Alam tidak sempat membrek lalu merempuh MPV itu.
9260.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only, you request a copy.
Click to Download (230kB) | Request a copy
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Subjects: | 300 Social sciences > 360 Social problems & services; associations > 364 Criminology |
Campuses: | Shah Alam |
Newspaper: | Berita Harian |
Date: | 9 August 2023 |
Depositing User: | Jaz Norfazuna Jaafar |