Abstract
SHAH ALAM – Universiti Teknologi Mara (UiTM) mencipta sejarah tersendiri menjadi universiti tempatan pertama mewujudkan cincin graduasi untuk para pelajar yang menerima diploma, ijazah dan lain-lain dari universiti tersebut.
Menurut Naib Canselor UiTM, Datuk Prof.Dr. Roziah Mohd.Janor, cincin yang direka oleh Kumpulan Kreatif Kolej Pengajian Seni Kreatif (KPSK)UiTM itu diberi nama Cincin Graduasi UiTM (CGU).
“Alhamdullillah CGU yang saya impikan menjadi kenyataan sejak idea tersebut timbul dua tahun lalu.Saya difahamkan UiTM menjadi universiti pertama menginovasikan cincin inovasi dengan rekaan diiktiraf pakar barang kemas dari universiti dan pemain industri.
“Kita kini mempunyai 700,000 alumni dan sasaran jualan CGU adalah 10,000 unit dan jika boleh jadikan cincin ini bukan sekadar hiasan tetapi kenangan indah semasa alumni menuntut ilmu di UiTM,” katanya selepas melancarkan CGU di Bangunan Canseleri UiTM di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Roziah berkata, kira-kira 500 unit cincin yang mempunyai bahan logam berkualiti yang boleh dipakai lelaki dan wanita sedia ditempah bagi fasa pertama yang dijual antara RM170 hingga RM195.
9232.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only, you request a copy.
Click to Download (230kB) | Request a copy
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Subjects: | 300 Social sciences > 390 Customs, etiquette & folklore > 391 Costume & personal appearance |
Campuses: | Shah Alam |
Newspaper: | Kosmo |
Date: | 18 July 2023 |
Depositing User: | Jaz Norfazuna Jaafar |