Bukti diri mampu


Abstract

Machang: “Hari ini saya bangga dan terharu kerana dapat buktikan kepada diri bahawa saya juga mampu mencapai kejayaan seperti orang lain, walaupun berdepan masalah otot kaki sepanjang tiga tahun di sini, ” kata graduan Diploma Sains Kuantitatif Universiti Teknologi MARA (UiTM) cawangan Kelantan Nur Munirah Mohd Nawawi, 21.

Nur Munirah menghidap masalah otot kedua belah kakinya atau Muscular Dystrophy sejak kecil yang menyukarnya berjalan terutama ketika menaiki tangga dan kawasan berbukit sehingga bantuan daripada rakan dan pensyarah untuk bergerak.

“Sepanjang pengajian pelbagai cabaran perlu saya tempuhi termasuk sudah beberapa kali saya jatuh kerana kaki lemah terutamanya apabila menaiki tangga untuk ke kelas.

“Namun, sokongan kuat ayah ibu serta kawan banyak membantu saya menguruskan diri sepanjang pengajian menjadikan saya lebih kuat untuk menempuh hidup, sekali gus bangkit bagi mencapai kejayaan.

“Saya sangat berterima kasih kepada kawan-kawan yang banyak berkorban membantu setiap kali ke kelas,” katanya yang memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 2.77 di sini, semalam.

[thumbnail of 9154.pdf] Text
9154.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only

Only UiTM students and staff can get the full text of the article by clicking on request a copy. A copy of the full text will be sent via the applicant's email.
Click to Download (128kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: 300 Social sciences > 370 Education > Higher education
Campuses: Kelantan > Machang Campus
Newspaper: Harian Metro
Date: 1 December 2015
Depositing User: Che Hasnan bin Che Idris (Machang)
Related URLs:
Languages: Malay
Edit Item Record
Edit Item Record