Abstract
DUNGUN: Universiti Teknologi MARA ( UiTM) Kampus Dungun akan merintis penggunaan sistem tenaga solar untuk penghasilan tenaga elektrik bagi kegunaan kampus itu.
Pensyarah Kanan Fakulti Kejuruteraan Elektrik, Dr Ermeey Abd Kadir berkata, UiTM kampus Dungun akan mula memasang sistem tenaga solar itu pada Oktober depan dan dijangka mula beroperasi pada Februari 2017.
“Dengan jangkaan penggunaan selama empat jam setiap hari, projek penjanaan solar Net Energy Metering ini akan dapat menjimatkan sehingga 15 peratus bil elektrik UiTM kampus Dungun apabila beroperasi kelak.
“Secara puratanya, bil bulanan elektrik di kampus ini ialah sekitar RM300,000 dan kita akan membayar hanya 85 peratus sahaja kepada Tenaga Nasional Berhad apabila sistem solar mula beroperasi nanti,” katanya kepada pemberita di majlis sambutan Aidilfitri UiTM kampus Dungun di sini semalam.
Ketika ini, projek tersebut sudah siap hampir 50 peratus dan proses teknikal melibatkan beberapa pihak termasuk Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) sedang berjalan.
9139.pdf - Published Version
Restricted to Repository staff only
Click to Download (182kB) | Request a copy
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Subjects: | 600 Technology 600 Technology > 620 Engineering & allied operations 600 Technology > 680 Manufacture for specific uses |
Campuses: | Terengganu > Dungun Campus |
Divisions: | Faculties > College of Engineering |
Newspaper: | Utusan Borneo |
Date: | 10 July 2017 |
Depositing User: | Widawati Ariffin (Dungun) |
Related URLs: |