Peluang pelajar rasai kehidupan sehari di universiti


Abstract

PULAU PINANG - Siri Jelajah Kampus UiTM atau empower HERO (Higher Education, Reshaping Outcome) melalui Program empowerNCER Akademik 2023 memberi peluang kepada 1,600 calon Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2023 dari sekolah-sekolah menengah terpilih di negeri Perak dan Pulau Pinang merasai kehidupan sehari di kampus sebagai pelajar universiti.
Mereka dibawa melawat ke dewan-dewan kuliah, kolej kediaman, perpustakaan serta fasiliti yang terdapat di fakulti-fakulti di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Siri Jelajah kampus yang bermula di UiTM Perak pada 17 Jun lalu dan di UiTM Pulau Pinang pada 20, 21 dan 22 Jun itu diharap menjadi pemangkin untuk pelajar dari keluarga kurang berkemampuan berusaha lebih gigih mencapai keputusan cemerlang.
Program yang dikendalikan oleh Institut Pendidikan Berterusan dan Pengajian Profesional (iCEPS) UiTM, di bawah Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) menerusi Program empowerNCER Akademik 2023 ini, antara lainnya bertujuan membantu peserta meningkatkan pencapaian akademik melalui kelas-kelas bimbingan percuma, program sahsiah dan pembentukan keperibadian yang positif.

[thumbnail of 9109.pdf] Text
9109.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only

Only UiTM students and staff can get the full text of the article by clicking on request a copy. A copy of the full text will be sent via the applicant's email.
Click to Download (370kB) | Request a copy
Edit Item Record
Edit Item Record