Pelajar UiTM Kampus Rembau santuni mangsa banjir


Abstract

KUALA LUMPUR: Kira-kira 100 pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Rembau, Negeri Sembilan membantu membersihkan rumah yang terbabit banjir di sekitar Rembau.

Program yang dijalankan menerusi Komander Kesatria UiTM, menggabungkan pelajar, kakitangan universiti dan beberapa sukarelawan bergotong-royong di rumah mangsa banjir sekitar Pilin, Pedas, Kundur, Linggi dan Lubok China.

Pensyarah Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM) UiTM Kampus Rembau, Mohd Faisal Md Noor, berkata program itu diadakan bagi meringankan beban penduduk kampung yang terbabit banjir sejak Sabtu lalu.

Katanya, pelajar yang terbabit dalam membantu penduduk adalah mereka yang masih berada di kampus walaupun UiTM memberikan cuti seminggu sepanjang minggu ini.

"Kami memulakan kerja membersihkan rumah penduduk sejak semalam dengan membahagikan pelajar mengikut kumpulan ke beberapa lokasi.

"Selain sudah membersihkan kira-kira 10 rumah, kami turut membersihkan Maahad Tahfiz Baroqah Wa Sakinah di Pilin yang turut terkesan dengan banjir," katanya kepada BH, hari ini.

Edit Item Record
Edit Item Record