Sekolah bebas COVID-19 tuntut kerjasama semua


Abstract

PENGUMUMAN Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin pasti melegakan ibu bapa yang kebanyakannya risau dengan prestasi pembelajaran anak berikutan pelbagai kekangan proses pengajaran dan pembelajaran di rumah (PDPR).

Tidak dapat disangkal, perasaan takut dan runsing sedikit sebanyak membelenggu hati ibu bapa kini. Banyak perkara pasti mengundang kerunsingan. Bagaimana hendak menguruskan pembelian baju, kasut, beg mahupun peralatan sekolah ketika COVID-19 masih mencatatkan angka tinggi.

Ibu bapa pasti sukar dan gusar untuk membawa anak keluar bagi mencuba serta memilih sendiri keperluan sekolah.

Bagi ibu bapa yang bergelut masalah kewangan akibat kesan kemelesetan ekonomi - ada dibuang kerja, dipotong gaji mahupun hilang pendapatan berniaga - pasti terbeban untuk menyediakan bajet bagi keperluan sekolah anak.

Kita sedia maklum, peningkatan kes COVID-19 seperti dijangkakan Kementerian Kesihatan (KKM).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, menyatakan jangkitan baharu COVID-19 akan melonjak cepat sehingga 5,000 kes harian pada minggu ketiga Februari jika kadar kebolehjangkitan berada pada kadar 1.2.

[thumbnail of 9031.pdf] Text
9031.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only

Click to Download (1MB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: 500 Science > 570 Life sciences; biology > 579 Microorganisms, fungi & algae
Campuses: Negeri Sembilan
Negeri Sembilan > Rembau Campus
Divisions: Faculties > Health Sciences
Newspaper: Berita Harian
Date: 24 February 2021
Depositing User: Norlilawati Mohd Shah (Rembau)
Languages: Malay
Edit Item Record
Edit Item Record