Kluster ILI terkawal


Abstract

REMBAU: Golongan ibu bapa dinasihatkan tidak perlu bimbang berikutan terdapat pengesanan beberapa kluster Influenza-Like-Illness (ILI) di sekolah berasrama ketika ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, kesemua kes tersebut berada dalam keadaan terkawal dan hanya memerlukan pemantauan serta pengasingan.

Kata beliau, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) membuat penilaian risiko sekiranya wujud keperluan untuk proses penutupan mana-mana sekolah atau institusi pendidikan.

“Kita serah kepada PKD untuk buat penilaian risiko. Untuk apa sahaja penyakit berjangkit jika sudah sampai ke satu tahap yang dirisaukan, langkah-langkah perlu akan diambil.

“Ibu bapa tak perlu risau, hanya kes yang memerlukan pemantauan dan pengasingan. Kes bertambah dari semasa ke semasa terutama apabila sudah tiada perintah kawalan pergerakan (PKP) dan apabila kita sudah kurangkan langkah-langkah kesihatan awam seperti penjarakan fizikal,” katanya.

Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Saringan Kesihatan Percuma di bawah Skim Peduli Kesihatan Untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) di Dewan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Rembau hari ini.

[thumbnail of 9027.pdf] Text
9027.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only, you request a copy.

Click to Download (2MB) | Request a copy
Edit Item Record
Edit Item Record